Latihan Simulasi Kebakaran dan Pengfungsian Bangunan ('Fire & Evacuation Drill')

Khamis, 14 September 2023 | MBJB bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Balai Bomba dan Penyelamat Larkin) telah menjalankan latihan simulasi kebakaran dan pengfungsian bangunan ('fire & evacuation drill') di Menara MBJB. Latihan simulasi hari ini telah melibatkan keseluruhan bangunan Menara MBJB. Latihan ini juga akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan tahap kecekapan dan ketersediaan Emergency Response Team MBJB dan warga kerja terhadap insiden kebakaran atau apa-apa bencana di Menara MBJB.

MBJB memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku kepada para pelanggan. Simulasi ini amat penting dalam memastikan keselamatan setiap pelanggan yang berurusan di Menara MBJB.

Latihan Simulasi

Latihan Simulasi

Latihan Simulasi