Kunjungan Vice President Digital Health & Digital Cities, Malaysia Digital Economic Corporation ke Pusat Kawalan Bersepadu Johor Bahru (JBIOCC)

Isnin, 11 Mac 2024 | MBJB hari ini menerima kunjungan Ir. Dr. Karl Ng, Vice President Digital Health & Digital Cities, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Kehadiran beliau disambut oleh YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, serta pengarah-pengarah jabatan MBJB di Pusat Kawalan Bersepadu Johor Bahru (JBIOCC), Aras 15 Menara MBJB.

Beliau telah diberi taklimat berkaitan JBIOCC serta bandar pintar Johor Bahru secara amnya bagi mengetahui inisiatif dan cabaran MBJB dalam pembangunan bandar pintar serta bagaimana MDEC boleh menyokongnya. Pembangunan JBIOCC ini juga adalah selari dengan peranan MDEC sebagai pemacu transformasi digital bandar raya dan ekonomi setempat.

Kunjungan MDEC

Kunjungan MDEC