Kunjungan Delegasi dari Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Jabatan Premier Sarawak ke MBJB

Rabu, 6 Disember 2023 | MBJB hari ini menerima kunjungan delegasi dari Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Jabatan Premier Sarawak, di Menara MBJB hari ini.

Delegasi UNIONS telah diketuai oleh Puan Saripah Aziah binti Wan Yon selaku Ketua Sekretariat Jawatankuasa Khas Kabinet (CABCOM) Mengenai Laporan Penyata Kewangan dan Anggaran Belanjawan Tahunan Bagi Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak, bersama-sama Sekretariat CABCOM. Kunjungan ini adalah bertujuan perkongsian pengalaman dan amalan terbaik kaedah pengutipan hasil bagi MBJB.

Delegasi disambut oleh Tuan Haji Fadzil bin Talib, Pengarah Perbendaharaan MBJB, Encik Harulisam bin Ismail, Pengarah Korporat MBJB dan Cik Maria binti Hairudin, Penolong Pengarah Perbendaharaan (Akaun) MBJB.

Lawatan

Lawatan