Maksud Cukai Harta
Cukai Harta adalah cukai yang dikenakan ke atas setiap pegangan berkadar di dalam kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru mengikut kuasa yang diberikan d bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
Bagaimana Cukai Harta
Cukai Harta anda dikira berdasarkan kepada Nilai Tambah dan Kadar.
Nilai Tambah adalah berasaskan Harga Pasaran harta anda (Nilai Tanah termasuk Bangunan jika ada) pada satu aras nilai tertentu yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Nilai Tambah yang digunakan pada masa ini adalah mengikut nilai pasaran pada tahun 2020.
Kadar pula ialah peratus yang dikenakan ke atas nilai harta anda sebagai cukai harta yang perlu dibayar.
Kadar Peratus
Majlis Bandaraya Johor Bahru telah menetapkan kadar yang berbeza mengikut jenis pegangan iaitu :
PEGANGAN | KADAR CUKAI HARTA |
---|---|
Perumahan dan Lain-Lain
|
0.08 % |
Perumahan Rakyat
|
0.05 % |
Perumahan Rizab Melayu
|
0.03 % |
Pangsapuri Perkhidmatan | 0.22 % |
Perdagangan | 0.23 % |
Perindustrian | 0.24 % |
Tanah Pertanian | 0.03 % |
Tanah Pembangunan | 0.04 % |