Ada, walaubagaimanapun bermula 1 April 2025 bayaran dikaunter MBJB adalah secara tanpa tunai (cashless) sahaja.
- Salinan kad pengenalan ( pemohon individu )
- Salinan SSM bagi Syarikat
Tidak boleh, ini adalah kerana MBJB terikat dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709), di mana maklumat berkaitan cukai harta hanya boleh diberikan kepada pemilik pegangan SAHAJA.
Anda boleh layari portal MBJB di www.mbjb.gov.my bagi mendapatkan Borang Permohonan Makluman Pertukaran Alamat(P-03) dan hantar melalui emel rasmi Jabatan Penilaian iaitu jbtn-penilaian@mbjb.gov.my bagi tindakan kemaskini.
Anda perlu membuat pendaftaran Pindahmilik (Borang I/J) melalui aplikasi dalam talian (Online) di pautan http://johor.ekhidmat.my. Kegagalan berbuat demikian dalam tempoh 3 bulan selepas jualan atau pindahmilik, apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM2,000.00 atau penjara selama tempoh tidak lebih enam (6) bulan atau kedua-duanya sekali sebagaimana yang termaktub di bawah Seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Borang I adalah pindahmilik disebabkan oleh jual beli manakala Borang J adalah pindahmilik disebabkan oleh kematian.
Anda perlu membuat pendaftaran Pindahmilik (Borang I/J) melalui aplikasi dalam talian (Online) di pautan http://johor.ekhidmat.my. Kegagalan berbuat demikian dalam tempoh satu tahun selepas kematian, apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM2,000.00 atau penjara selama tempoh tidak lebih enam (6) bulan atau kedua-duanya sekali sebagaimana yang termaktub di bawah Seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Cukai Harta dan yuran penyelenggaraan adalah dua perkara yang berbeza. Yuran penyelenggaraan adalah untuk menyelenggara kawasan gunasama harta anda.Manakala Cukai Harta adalah untuk perkhidmatan perbandaran seperti membaiki jalan, kemudahan rekreasi, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.
Cukai Harta dan Caj Kumbahan atau Caj Pembentungan adalah dua perkara yang berbeza. Kuasa untuk mengenakan cukai Harta diberikan kepada Majlis mengikut peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), manakala kuasa untuk mengenakan caj pembentungan diberikan kepada Indah Water Konsortium (IWK) mengikut peruntukan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006. Oleh itu, setiap pemilik ataupemunya sesuatu pegangan adalah diwajibkan untuk membayar cukai harta dan caj kumbahan (sekiranya ada).
Bayaran Cukai Harta secara ansuran dibenarkan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dan kelulusan Majlis. Anda boleh mengemukakan permohonan bayaran ansuran kepada Unit Tunggakan Cukai Harta, Jabatan Penilaian melalui emel tunggakanch@mbjb.gov.my.
Apakah tanggungjawab saya sebagai pemilik harta di Kawasan MBJB?
- iMembayar Cukai Harta sebelum tarikh akhir pembayaran;
- Menyemak di pejabat MBJB samada harta tanah anda sudah dikenakan Cukai Harta atau belum;
- Memberitahu Majlis jika terdapat pertukaran alamat surat-menyurat;
- Memaklumkan Majlis jika terdapat pertukaran hakmilik dengan membuat permohonan pendaftaran Pindahmilik (Borang I/J) melalui aplikasi dalam talian (Online) di pautan http://johor.ekhidmat.my;
- Hadir di pejabat Majlis dan menjelaskan sebarang tunggakan Cukai. Harta (sekiranya ada) kepada Majlis sebelum pertukaran hakmilik berlaku;
- Memberitahu Majlis melalui surat-menyurat jika bangunan anda telah diubahsuai atau dirobohkan;
- Memberi kerjasama kepada anggota Majlis apabila pegangan diperiksa untuk tujuan Cukai Harta;
- viii.Memberitahu Majlis secara surat-menyurat jika telah mendirikan bangunan tanpa pelan bangunan;
- ix.Melengkap dan mengembalikan borang-borang yang dihantar oleh Majlis;
- Menyemak bil Cukai Harta di pautan MyBILL di dalam portal (Tiada pengecualian denda diberi atas alasan tidak menerima bil Cukai Harta).
Cukai Harta atau juga dikenali sebagai "Cukai Pintu” dan “cukai taksiran” dibayar dua kali setahun mengikut penggal kepada pihak Berkuasa Tempatan.
Cukai Tanah pula perlu dibayar pada awal tahun kalendar iaitu 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun kepada Pihak Berkuasa Negeri. Cukai Tanah hanya perlu dibayar satu(1) kali setiap tahun.
Penilaian Semula Cukai Taksiran adalah proses pihak berkuasa tempatan untuk mengkaji dan menilai semula Cukai Taksiran yang telah dikenakan kepada pemilik harta supaya nilaian baru tersebut akan lebih adil, saksama dan memberikan kemampuan kepada pihak berkuasa untuk membayar dan menguruskan perkhidmatan bandaraya dan kesihatan persekitaran.
Penyediaan Senarai Nilaian baharu atau Penilaian Semula Cukai Taksiran perlu dilaksanakan setiap lima (5) tahun berdasarkan peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Seksyen 137(3) seperti di bawah:
“Sesuatu Senarai Nilaian baru yang mengandungi butir-butir yang sama seperti dalam subseksyen (1) hendaklah disediakan dan disiapkan sekali tiap-tiap lima tahun atau dalam tempoh yang dilanjutkan sebagaimana ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri”
Penilaian Semula membolehkan rekod pemilikan harta dikemaskini dan nilaian yang diguna pakai adalah mengikut Aras Nilaian terkini. Aras Nilai yang digunakan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru adalah 01 Julai 2020.
Merujuk kepada Seksyen 142, Akta Kerajaan Tempatan 1976 telah menyenaraikan alasan-alasan yang dipertimbangkan seperti berikut:
- Sesuatu pegangan dikenakan kadar yang dinilai lebih dari nilai yang sepatutnya;
- Sesuatu pegangan yang dinilai adalah pegangan yang tidak boleh dikenakan kadar;
- c.Seseorang atau sesuatu pegangan yang sepatutnya termasuk dalam Senarai Nilaian adalah ditinggalkan;
- Sesuatu pegangan dinilai kurang daripada nilainya yang boleh dikenakan kadar; atau
- Sesuatu pegangan atau pegangan-pegangan yang dinilai secara bersama atau berasingan sepatutnya dinilai secara lain.
Bantahan cukai harta boleh dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh Notis Seksyen 141 atau Notis Seksyen 144. Bantahan boleh disalurkan secara bertulis kepada Jabatan Penilaian MBJB dengan cara serahan tangan atau pos ke alamat Jabatan Penilaian Tingkat 7 Menara MBJB, No. 1, Jalan Lingkaran Dalam, Bukit Senyum 80300 Johor Bahru atau emel ke jbtn-penilaian@mbjb.gov.my
Setiap permohonan bantahan perlu disertakan sesalinan notis seksyen berkaitan dan menyatakan sebab-sebab bantahan dibuat. Pihak Jabatan akan memberi maklumbalas kepada pembantah sama ada permohonan bantahan tersebut layak atau tidak. Surat panggilan bantahan akan dimaklumkan kepada pembantah bagi menghadiri sesi Mesyuarat Pendengaran Bantahan. Keputusan bantahan akan dimaklumkan selepas mendapat pengesahan dari Mesyuarat Penuh MBJB.
Sekiranya pembantah masih tidak berpuashati dengan keputusan bantahan tersebut, pembantah boleh mengemukakan rayuan mengikut prosedur undang-undang yang dinyatakan dalam Akta 171.
Pagination
Perjanjian Sewaan
Penyewa perlu memohon sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum tamat tempoh sewaan. MBJB akan menilai prestasi sebelum meluluskan sambungan.
MBJB hanya bertanggungjawab terhadap struktur bangunan. Penyelenggaraan dalaman seperti kebersihan dan peralatan adalah tanggungjawab penyewa.
Bayaran Sewaan
Bayaran boleh dibuat melalui:
- Kaunter Bayaran MBJB – Bayaran Tanpa Tunai (eWallet)
- Portal E-Khidmat
Ya, bayaran boleh dibuat secara atas talian melalui portak E-Khidmat
Sewa lewat akan dikenakan penalti lewat bayar dan jika berlarutan, notis peringatan serta tindakan penguatkuasaan akan diambil.
Ya, penalti lewat akan dikenakan mengikut tempoh tunggakan seperti yang ditetapkan dalam surat tawaran atau perjanjian sewaan.
Anda boleh semak melalui:
- Kaunter Bahagian Penyewaan, Jabatan Pengurusan Harta
- Hubungi Jabatan Pengurusan Harta
- Portal MBJB (jika sistem telah dikemaskini)
Penyelenggaraan & Aduan
Buat aduan melalui sistem e-Aduan MBJB, telefon Bahagian Penyewaan di talian 07-2282584 atau hadir ke kaunter.
Anda boleh membuat aduan dengan menghubungi talian 07-2282584.
MBJB boleh memberi amaran, menyita atau membatalkan sewaan mengikut syarat dalam perjanjian.
Tidak dibenarkan melainkan dengan kebenaran bertulis MBJB.
MBJB boleh mengeluarkan notis amaran, kompaun, atau batalkan kontrak.
Penamatan & Serahan Permis
Serahkan notis bertulis sekurang-kurangnya 1 bulan kepada Bahagian Penyewaan MBJB.
Notis bertulis sekurang-kurangnya 1 bulan diperlukan, atau mengikut terma perjanjian.
MBJB berhak mengambil alih semula premis dan menyita barangan mengikut prosedur.
Pagination
Lesen perniagaan boleh dibatalkan apabila berlakunya perlanggaran syarat pelesenan / tidak memberi maklum balas dalam tempoh 30 hari notis dikeluarkan kepada premis serta tidak memperbaharui lesen perniagaan dalam jangka masa yang ditetapkan.
Mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Iklan (MBJB) 2010, format, ketetapan dan paparan papan iklan premis yang dibenarkan adalah sepertimana Garis Panduan Papan Iklan Premis Di Kawasan Pentadbiram MBJB.
Semua paparan atau visual papan iklan premis perlu mendapatkan pengesahan Bahasa dan ejaan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka DBP yang boleh dimohon secara atas talian https://dbpsahbahasa.my atau hadir ke pejabat DBP di No. 1 & 3, Jalan Susur Dato' Muhd. Said Sulaiman, Larkin Perdana, 80350 Johor Bahru, Johor.
Walaubagaimanapun, format, ketetapan saiz dan paparan yang dibenarkan masih tertakluk kepada Undang-Undang Kecil Pelesenan Iklan (MBJB) 2010 sebagaimana soalan 17.
Permohonan Penyewaan
Ya, ada sesi tapisan atau temuduga bergantung kepada lokasi dan jenis premis yang dimohon.
Pagination
Penjaja dan Kebersihan
Secara umumnya, tidak dibenarkan berniaga di tepi jalan di Kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) tanpa lesen atau permit khas. Ini kerana aktiviti perniagaan di tepi jalan dianggap mengganggu laluan awam dan berisiko dari aspek keselamatan serta kebersihan bandar.
Barang anda dirampas atau disita oleh MBJB kerana anda didapati melakukan salah satu kesalahan di bawah peruntukan berikut :
- Undang-undang Kecil Penjaja (MBJB) 2010
- Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
- Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Tindakan Tunda dan Sitaan
Bagi semakan kenderaan ditunda boleh dibuat semakan melalui MBJBSpot atau melalui laman web https://mobile.mbjb.gov.my/vis$/vis/vis039senopt.asp atau terus ke kaunter Jabatan Penguatkuasaan di alamat Aras Bawah, Bangunan Jotic, Jalan Ayer Molek, 80888 Johor Bahru
Bagi urusan tuntutan kenderaan , pemilik kenderaan boleh terus ke kaunter Jabatan Penguatkuasaan di alamat Aras Bawah, Bangunan Jotic, Jalan Ayer Molek, 80888 Johor Bahru dengan membawa kad pengenalan atau geran kenderaan. Sekiranya penuntut bukan pemilik kenderaan perlu membawa surat akuan sumpah dan Salinan kad pengenalan pemilik kenderaan.
Kos yang terlibat :
1 | Kompaun | RM 250 – RM 500 - Mengikut Jenis Kesalahan | |||
2 | KosTunda | Kereta RM 120 | Motosikal RM 80 | Lori @ bas kurang drpd 5 tan RM 400 | Kenderaan melebihi 5 tan RM 1,200 |
3 | Kos Simpan | RM 15 (hari pertama) penambahan RM5 mengikut hari berikutnya untuk kereta dan motosikal . | |||
Bagi lori /bas kos lebih tinggi |
Aduan
Tempoh masa MBJB mengambil tindakan terhadap aduan bergantung kepada jenis aduan dan keutamaan operasi sebagaimana berikut :
Jenis Aduan | Tempoh Tindakan Standard |
Aduan Halangan Laluan / Parkir Salah | 24 – 72 jam (bergantung tahap kritikal) |
Aduan Penjaja Tanpa Lesen / Kawasan Larangan | 3 – 7 hari bekerja (bergantung siasatan) |
Aduan Premis Tidak Berlesen | 7 – 14 hari (selepas pemeriksaan) |
Aduan Kebersihan / Sampah | 1 – 3 hari bekerja |
Aduan Bahaya Struktur / Keselamatan Awam | Segera / 24 jam (jika berisiko) |
Aduan Kenderaan Buruk / Terbiar | 1-7 hari bekerja (bergantung pada fizikal kenderaan) |
Untuk aduan dan pertanyaan berkaitan tindakan penguatkuasaan MBJB, anda boleh hubungi pegawai yang bertugas di talian 07-2271032.
Waktu Operasi dan Prosedur
Waktu operasi Jabatan Penguatkuasaan MBJB sebagaimana berikut
- Ibu Pejabat Jabatan Penguatkuasaan :
Hari | Waktu Operasi |
Isnin – Khamis | 8.00 pagi – 5.00 petang |
Jumaat | 8.00 pagi – 12.30 tengah hari 2.00 petang – 5.00 petang |
Tutup pada Sabtu, Ahad, dan Cuti Umum |
- Kaunter Jabatan Penguatkuasaan :
Hari | Waktu Operasi |
Isnin – Ahad | 8.00 pagi – 10.00 malam |
Anda boleh datang terus (walk-in) ke Kaunter Jabatan Penguatkuasaan dan Ibu pejabat Jabatan Penguatkuasaan untuk berurusan.
Alamat Jabatan Penguatkuasaan :
Jabatan Penguatkuasaan,
Aras Bawah, Bangunan Jotic,
Jalan Ayer Molek,
80888 Johor Bahru.
Pagination
Unit Vektor
Denggi ialah penyakit yang disebabkan oleh virus yang dibawa oleh nyamuk Aedes. Ia boleh menyebabkan demam panas, sakit kepala, sakit sendi dan ruam. Jika tidak dirawat, ia boleh mengakibatkan komplikasi serius seperti demam denggi berdarah dan kematian. Denggi juga merupakan penyakit yang berjangkit sekiranya tiada tindakan kawalan dilaksanakan.
MBJB akan melaksanakan aktiviti kawalan seperti:
- Pemeriksaan premis dan persekitaran
- Fogging (semburan kabus)
- Larvasiding (bubuh ubat pembunuh jentik-jentik)
- Pendidikan kesihatan kepada penduduk
Anda boleh menyemak status kes denggi terkini di kawasan kediaman anda melalui MBJB GeoJB (https://geojb.gov.my). Kawasan yang mempunyai wabak atau kes denggi akan dipaparkan di dalam portal tersebut. Anda juga boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru untuk sebarang pertanyaan atau laporan berkaitan kes denggi di kawasan anda.
Penduduk setempat disarankan mengamalkan 10 minit seminggu untuk periksa kediaman/premis sendiri sebagaimana berikut :
- menjalankan aktiviti mencari dan musnah tempat pembiakan nyamuk di premis masing-masing seperti :
- Buang air bertakung
- Tutup bekas air
- Tukar air dalam pasu dan baldi seminggu sekali
- Bersihkan longkang dan saliran
- Simpan barang lama di tempat tertutup
- Menggunakan semburan aerosol didalam premis
- Menggunakan ubat penghalau nyamuk (repellant) semasa membuat aktiviti di luar rumah
- Memastikan tiada lubang/ruang di tangki Sistem Pengumpulan Dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH) yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk didalam tangki tersebut.
- Pihak pengurusan bangunan / strata hendaklah melantik sendiri syarikat Pest Control Operator (PCO) bagi menjalankan kerja-kerja semburan ruang thermal (fogging) secara berkala dengan mendapat pandangan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru.
Ya, anda boleh buat permohonan kepada MBJB melalui sistem aduan SISPAA atau hubungi Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru. Keutamaan semburan fogging adalah di kawasan yang telah dilaporkan kes denggi dari Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru. Pemeriksaan akan dilakukan dahulu sebelum tindakan fogging dijalankan untuk mengesahkan keperluan fogging di kawasan tersebut. Sekiranya didapati tiada keperluan untuk fogging, pengadu dinasihatkan untuk membuat pencegahan kendiri seperti menghapus tempat pembiakan nyamuk.
Jika didapati bersalah, anda boleh dikenakan kompaun RM500 hingga RM 1000 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Fogging ialah semburan kabus menggunakan racun serangga untuk membunuh nyamuk dewasa. Ia biasanya dilakukan di luar rumah dan tidak berbahaya jika langkah berjaga-jaga diikuti, seperti menutup makanan dan menutup tingkap semasa semburan dijalankan.
- Fogging: Membunuh nyamuk dewasa.
- Larvasiding: Menggunakan bahan kimia untuk membunuh jentik-jentik dalam air bertakung.
Kedua-dua kaedah ini saling melengkapi dalam usaha mengawal denggi.
Ya, MBJB boleh masuk ke dalam rumah dengan kebenaran penghuni untuk membuat pemeriksaan dan larvasiding. Sekiranya tiada penghuni di rumah, notis akan ditinggalkan untuk tindakan lanjut.
Ya. Semua jenis premis termasuk kilang, restoran, pasar, sekolah, dan lain-lain boleh diperiksa jika kawasan itu dikesan ada potensi pembiakan nyamuk Aedes.
Anda boleh laporkan kepada MBJB melalui: Sistem SISPAA
Talian hotline
Emel rasmi MBJB
Fogging hanya membunuh nyamuk dewasa. Jika tempat pembiakan jentik-jentik tidak dihapuskan oleh penduduk, nyamuk akan terus membiak. Kerjasama masyarakat amat penting untuk menghapuskan denggi.
Ya. MBJB sering menjalankan program pendidikan kesihatan, gotong-royong, edaran risalah, dan ceramah awam di sekolah, taman perumahan, dan komuniti.
Nyamuk Aedes aktif pada waktu awal pagi (6.00–8.00 pagi) dan lewat petang (5.00–7.00 petang).
Unit Zoonotik
Penyakit zoonotik ialah penyakit berjangkit yang boleh merebak dari haiwan ke manusia, seperti leptospirosis (kencing tikus), rabies (anjing gila), toxoplasmosis dan sebagainya.