SILA AMBIL PERHATIAN, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim pada 22 November 2026, semua peniaga diminta memasang bendera Negeri Johor dan Daerah Johor Bahru di hadapan premis masing-masing serta merta sehingga 6 Disember 2026.
Sehubungan itu, diminta agar tuan/puan memberikan kerjasama dengan memasang bendera tersebut dengan kadar SEGERA serta berpandukan pada peraturan pemasangan Jalur Gemilang yang dikeluarkan. Peraturan ini boleh dirujuk melalui Pekeliling Am Kerajaan Johor Bilangan 2 Tahun 2018 (Protokol Bendera Johor dan Bendera Daerah-Daerah Johor) yang boleh dimuat turun melalui Pekeliling
