Langkau ke kandungan utama

Program Kembiri dan Vaksin Kucing Di Kawasan MBJB Bersama Wira KassehJB

Dalam usaha meningkatkan kesedaran dan kebajikan haiwan serta membantu mengawal populasi kucing secara lebih berhemah dan bertanggungjawab, Program Kembiri dan Vaksin Kucing Di Kawasan MBJB Bersama Wira Kasseh JB akan dilaksanakan melalui kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Persatuan Pengkasihan Haiwan Terbiar Johor Bahru (Wira Kasseh JB).

Program ini memberi peluang kepada pemilik serta penjaga kucing untuk mendapatkan perkhidmatan pemandulan (kembiri) dan vaksinasi, di samping meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan, kebajikan serta pengurusan populasi kucing.

Pelaksanaan program ini juga diharapkan dapat menggalakkan pendekatan yang lebih berperikemanusiaan, terkawal dan mampan dalam menangani pertambahan populasi kucing, khususnya di kawasan komuniti yang akan dilaksanakan pada: -

Tarikh: 24 Oktober 2026 (Sabtu)
Masa: Bermula 8.00 pagi (pendaftaran adalah secara atas talian – terhad kepada 300 penyertaan sahaja)
Tempat: Dewan Muafakat Adda Height, Taman Adda Height, Johor Bahru.

Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut:
https://wirakasseh.fwh.is/

Penyertaan adalah terhad dan tertakluk kepada syarat serta kuota yang telah ditetapkan. Maklumat lanjut mengenai tarikh, lokasi dan syarat penyertaan adalah seperti yang tertera di daalam pautan yang disediakan. 

Sebarang pertanyaan berkaitan program boleh diajukan melalui WhatsApp kepada wakil Persatuan Pengkasihan Haiwan Terbiar Johor Bahru (Wira Kasseh JB) :
En. Shahid Ezzuddin
Pengurus Program
011-6255 2563

Vaksinasi Kucing