Saban hari, isu buli terus menjadi bualan masyarakat. Ada yang dibuli secara fizikal, ada yang terluka jiwanya, malah ada kejadian yang meninggalkan kesan amat mendalam kepada mangsa dan keluarga.
Persoalannya… MENGAPA BULI MASIH BERLAKU, WALAUPUN PELBAGAI USAHA TELAH DILAKSANAKAN UNTUK MEMBANTERAS GEJALA INI?
Di manakah silapnya?
Di rumah? Di sekolah? Dalam kalangan rakan sebaya? Atau dalam masyarakat yang semakin terbiasa melihat penderitaan orang lain sebagai sekadar tontonan?
Apabila mangsa memilih untuk berdiam diri, siapa yang akan mendengar?
Apabila rakan hanya merakam tanpa menghulurkan bantuan, di manakah nilai kemanusiaan?
Dan apabila tindakan membuli dianggap gurauan, bilakah kita akan sedar bahawa ada hati yang sedang terluka?
BULI BUKAN GURAUAN. DIAM BUKAN PENYELESAIAN. DAN MENCEGAHNYA BUKAN TANGGUNGJAWAB SEKOLAH SEMATA-MATA.
Semua dikongsikan dalam episod khas ini!
Tonton episod penuh di saluran:
"THIS IS LEPAK BANDO JB – BUKAN SEKADAR SEMBANG BANDAR RAYA"
![]()