Dalam episod ketiga Lepak Bando JB musim 2 ini, kami menyelami topik Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) iaitu satu laluan kerjaya yang semakin relevan dan menjanjikan, terutamanya buat anak-anak muda di bandar raya Johor Bahru.
TVET bukanlah pilihan kedua. Ia adalah pilihan yang bijak untuk mereka yang mahu membina kemahiran, mencipta kerjaya yang stabil, dan menyumbang kepada kemajuan negara. Ikuti perkongsian inspirasi daripada individu yang membuktikan bahawa kejayaan boleh hadir melalui kemahiran.
THIS IS LEPAK BANDO JB : BUKAN SEKADAR SEMBANG BANDAR RAYA