Langkau ke kandungan utama

Pertandingan Landskap Zon Ahli Majlis MBJB 2025 - Bermula 1 September 2025 - 31 Disember 2025

Meh bangsa Johor menyertai pertandingan ini yang diadakan bagi membudayakan landskap hijau dalam komuniti dan memperindah persekitaran bandaraya Johor Bahru ke arah menjadikan Bandar Dalam Taman yang indah, bersih dan ceria. Melalui pertandingan ini, penduduk digalakkan menonjolkan kreativiti dan semangat cintakan kehijauan dengan mencipta landskap menarik di kediaman, institusi atau premis masing-masing. Pertandingan ini menawarkan 8 kategori dipertandingkan iaitu: 1. Perumahan Teres
2. Perumahan Banglo / Berbandung 3. Kondo / Servis Apartment
4. Sekolah
5. Masjid dan Surau 6. Hotel 7. Bangunan Komersil / Mall 8. Kategori Tambahan: Inovasi dan Kreativiti Hijau
Pertandingan akan berlangsung dari September hingga Disember 2025, dan penilaian akan dijalankan oleh panel juri profesional daripada pelbagai latar belakang bidang landskap serta komuniti setempat. Menariknya, pemenang bagi setiap kategori akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM2,000 (Johan), RM1,500 (Naib Johan) dan RM1,000 (Tempat Ketiga) berserta plak dan mock cheque penghargaan daripada MBJB. Jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam usaha menghijaukan bandaraya kita. Sertai bersama komuniti anda dan jadikan kawasan tempat tinggal serta persekitaran anda lebih hijau, bersih dan harmoni.
Jom kita hijaukan bandaraya Johor Bahru – Bandar Dalam Taman! Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Jabatan Landskap, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
Telefon: 07-2282536 / 07-2282570  

Pertandingan Landskap Zon Ahli Majlis Pertandingan Landskap Zon Ahli Majlis Pertandingan Landskap Zon Ahli Majlis