Langkau ke kandungan utama

Penutupan Jalan Sementara OCBC Cycle Johor Bahru 2025

Buat pertama kalinya, acara OCBC Cycle Johor Bahru 2025, anjuran bersama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), OCBC dan Multigreen Events.

Untuk makluman warga Johor Bahru, acara berbasikal OCBC CYCLE JB akan berlangsung pada Ahad, 14 Disember 2025 bermula 6.45 pagi di lokasi mula dan tamat di Pejabat MBJB, Jalan Dato’ Onn. Melibatkan laluan sejauh 21 kilometer yang akan melalui jalan-jalan utama di sekitar bandar Johor Bahru.

Jangkaan penutupan jalan-jalan terlibat secara berperingkat bermula 5.30 pagi dan dijangka dibuka kembali sekitar 9.00 pagi secara berperingkat. 

Jalan-jalan yang terlibat bermula Jalan Ibrahim, Jalan Wong Ah Fook, Jalan Sulaiman, Jalan Trus, Jalan Abdul Rahman Andak, Jalan Ulu Ayer Molek, Jalan Yahya Awal, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Datin Halimah, Jalan Kolam Ayer, Jalan Sungai Chat, Jalan Mohammad Amin, Jalan Tengku Petri, Jalan Straits View, Persiaran Abu Bakar Sultan, Jalan Lingkaran Dalam, Jalan Mahmoodiah, Jalan Air Molek.

Sila rancang perjalanan anda dan kerjasama anda untuk menjayakan acara berbasikal ini adalah amat dihargai. Segala ksesulitan amat dikesali.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi: 

www.ocbccyclejb.com

Penutupan Jalan Sementara