Tarikh: 4 Jun 2025 hingga 30 Jun 2025
Masa: 10:00 malam – 5:00 pagi
Jangka masa: 7 jam bagi setiap malam
Tujuan: Penutupan Jalan Bagi Kerja-Kerja Berkaitan Projek RTS Link
Untuk makluman, penutupan penuh dan pembukaan laluan kontra secara berkala di Jalan Ismail Sultan (berhampiran GBW Hotel) akan diaktifkan pada setiap malam sepanjang tarikh yang tertera di atas. Tempoh masa untuk kerja-kerja akan bermula dari 10:00 malam – 5.00 pagi dalam durasi 7 jam pada setiap malam.
Semasa penutupan jalan di Jalan Ismail Sultan (Arah Stulang), pemandu yang ingin ke arah Stulang akan dilencongkan ke Jalan Ismail Sultan (Arah Pusat Badar) untuk menggunakan aliran kontra. (seperti yang ditunjukkan oleh anak panah HIJAU dalam peta)
Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi arahan papan tanda trafik dan pengawal bendera yang bertugas. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk peta.
