Dimaklumkan bahawa kerja-kerja Pembaikan Jalan akan dijalankan di kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) seperti berikut:
Tarikh: 6 Februari 2026 - 13 Februari 2026
Masa: 9.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi: Jalan Waja 2, Waja 3, Waja 4, Waja 5, Waja 6 & Waja 8, Kawasan Perindustrian Pandan
Makluman Penting:
Penutupan jalan akan dilakukan mengikut waktu operasi kerja.
Sila patuhi arahan papan tanda amaran yang disediakan.
Berhati-hati semasa memandu di kawasan ini.
Kesulitan ini adalah sementara, demi memastikan keselesaan anda pada masa akan datang.
