Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor pada 23 Mac 2025, semua pemilik premis perniagaan dan komersil diminta untuk memasang Bendera Negeri Johor dan Bendera Daerah Johor Bahru di hadapan premis masing-masing.
Maklumat Pemasangan:
Tempoh: Mulai sekarang hingga 6 April 2025
Lokasi: Hadapan premis perniagaan
Kaedah pemasangan: Mengikut garis panduan rasmi
Untuk rujukan lanjut mengenai peraturan pemasangan bendera, sila baca Pekeliling AM Kerajaan Johor Bilangan 2 Tahun 2018 melalui pautan berikut:
Pekeliling AM Johor 2/2018
Kerjasama semua pihak dalam menjayakan usaha ini amat dihargai sebagai tanda penghormatan kepada DYMM Sultan Johor.