Langkau ke kandungan utama

Meh Lah Ke Danga Park Johor Bahru

Bagi memastikan pengalaman anda lebih selesa dan terancang, orang ramai disarankan merancang waktu kunjungan dengan bijak.
Untuk makluman, bermula 30 Mei 2026, Danga Park akan beroperasi setiap hari dari jam 7.30 pagi hingga 11.00 malam.
 
Kemasukan akhir bagi :
• Waktu siang jam 6.00 petang.
• Waktu malam jam 10.30 malam.
 
Danga Park akan ditutup sementara dari 6.30 petang hingga 8.00 malam bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan.
 
Kemasukan adalah PERCUMA untuk semua warganegara Malaysia, namun pengunjung diwajibkan membawa kad pengenalan/MyKid untuk tujuan pengesahan di pintu masuk.
 
Bagi pemegang pasport, bayaran masuk dikenakan seperti berikut:
• RM20 (dewasa)
• RM10 (kanak-kanak 5 hingga 12 tahun)
 
Rancang masa anda, elakkan waktu puncak, dan nikmati pengalaman riadah yang lebih tenang serta menyeronokkan bersama keluarga di Danga Park!
Danga Park