Langkau ke kandungan utama

MBJB dinobatkan PBT Terbaik Kempen Kawalan Infestasi Lalat KPKT 2026

13 September 2026 | Bertam Resort, Pulau Pinang

 Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) melakar satu lagi kejayaan membanggakan apabila meraih Tempat Pertama dalam Kempen Kawalan Infestasi Lalat sempena Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tahun 2026.
Pengiktirafan menerusi Anjung Selera Laman Tasik Pandan ini sekaligus menobatkan MBJB sebagai PBT Terbaik dalam Kempen Kawalan Infestasi Lalat di peringkat Malaysia, selaras dengan tema “Sinergi MADANI, PBT Lestari, Persekitaran Harmoni”.
 
Anugerah telah disampaikan oleh YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan diterima oleh Encik Mohd Hafiz bin Aliman, Tuan Setiausaha MBJB.

Pencapaian ini menjadi bukti komitmen berterusan MBJB dalam memperkukuh pengurusan kebersihan dan kesihatan persekitaran demi mewujudkan Johor Bahru sebagai bandar raya yang bersih, sihat, lestari dan berdaya huni.
 Syabas MBJB! Satu pengiktirafan di peringkat Malaysia, satu lagi langkah memperkukuh kecemerlangan Johor Bahru.
Image
Anugerah MBJB
Image
Anugerah MBJB
Image
Anugerah MBJB
Image
Anugerah MBJB