Sila ambil perhatian berhubung penutupan jalan sementara bagi program larian JB Neon Recreational Night sempena Sambutan Ulang Tahun Majlis Bandaraya Johor Bahru ke-31:
Tarikh: Selasa, 31 Disember 2024
Jalan terlibat:
1. Jalan Persiaran Abu Bakar Sultan (sebahagian jalan)
2. Jalan Thompson
3. Jalan Lingkaran Dalam (arah ke KFC Dataran Bandaraya)
4. Jalan Kolam Ayer (tutup 1 lorong)
Masa: 6.00 petang - 10.00 malam (sehingga larian JB Neon Recreational Night tamat)
Sila gunakan laluan alternatif sepanjang waktu berkenaan. Bagi pengunjung yang ingin hadir ke Dataran Bandaraya Johor Bahru, sila gunakan tempat letak kereta yang disediakan seperti di poster.