Ahad, 11 Oktober 2026 | 5.30 pagi – 8.45 pagi
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) ingin memaklumkan bahawa penutupan jalan secara berperingkat akan dilaksanakan pada Ahad, 11 Oktober 2026, bermula jam 5.30 pagi hingga 8.45 pagi, sempena penganjuran OCBC Cycle Johor Bahru 2026.
Penutupan jalan ini melibatkan beberapa laluan utama di sekitar pusat bandar raya Johor Bahru bagi memastikan kelancaran serta keselamatan para peserta dan pengguna jalan raya sepanjang acara berlangsung.
Antara jalan yang terlibat adalah:
- Jalan Ibrahim
- Jalan Wong Ah Fook
- Jalan Sulaiman
- Jalan Trus
- Jalan Ungku Puan
- Jalan Abdullah Ibrahim
- Jalan Dato Dalam
- Jalan Mohd Noor
- Jalan Abdul Rahman Andak
- Jalan Ulu Air Molek
- Jalan Yahya Awal
- Jalan Tun Abdul Razak
- Jalan Datin Halimah
- Jalan Kolam Ayer
- Jalan Sungai Chat
- Jalan Mohammad Amin
- Jalan Tengku Petrie
- Jalan Straits View
- Persiaran Abu Bakar Sultan
- Jalan Lingkaran Dalam
- Jalan Mahmoodiah
- Jalan Air Molek
Penutupan dan pembukaan jalan akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut laluan serta pergerakan peserta.
Sehubungan itu, pengguna jalan raya khususnya warga Johor Bahru dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal, menggunakan laluan alternatif yang bersesuaian serta mematuhi arahan petugas keselamatan dan pihak berkuasa di lokasi.
Kerjasama dan kesabaran semua pengguna jalan raya amat dihargai bagi memastikan OCBC Cycle Johor Bahru 2026 dapat berlangsung dengan lancar dan selamat.
- Mula & Tamat: Pejabat MBJB, Jalan Dato’ Onn / Laman Kilometer Sifar (0KM)
- Ahad, 11 Oktober 2026
- Penutupan berperingkat bermula: 5.30 pagi
- Pembukaan berperingkat bermula: 8.45 pagi
