Dimaklumkan bahawa kaunter perkhidmatan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan beroperasi pada:
Hari: Jumaat Tarikh: 6 Jun 2025 Waktu Operasi: 8.00 pagi – 12.15 tengah hari
Penutupan awal ini adalah sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1446H, bagi memberi ruang kepada warga kerja MBJB membuat persiapan menyambut hari yang mulia ini bersama keluarga. Kaunter MBJB akan beroperasi semula seperti biasa pada hari Isnin, 9 Jun 2025.
Sehubungan itu, orang awam adalah digalakkan untuk hadir lebih awal pada pagi Jumaat, atau menangguhkan urusan ke hari Isnin bagi mengelakkan sebarang kesulitan atau kesesakan di kaunter.
Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama anda amat dihargai.Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.