Langkau ke kandungan utama

MAKLUMAN PENANGGUHAN PROGRAM JB NEON RECREATIONAL NIGHT X UTM FUN RUN 2026

Dimaklumkan bahawa Program JB Neon Recreational Night X UTM Fun Run 2026 yang dijadualkan berlangsung pada minggu ini DITANGGUHKAN berikutan keadaan jerebu serta kualiti udara yang masih tidak sihat. Program ini akan dijadualkan semula pada bulan Disember 2026.
 
Penangguhan ini dibuat demi menjaga keselamatan dan kesihatan semua peserta, petugas serta pihak yang terlibat dalam program, memandangkan keadaan cuaca dan kualiti udara semasa masih belum mengizinkan.
 
Tarikh baharu pelaksanaan program akan dimaklumkan dari semasa ke semasa setelah mendapat pengesahan pihak penganjur.
Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali. Pihak kami merakamkan penghargaan dan terima kasih atas segala kerjasama, sokongan serta komitmen yang telah diberikan oleh semua pihak.
Sekian, terima kasih.
 
Urus Setia Program
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
 

Pengumuman Penangguhan 

Pengumuman Penangguhan 

Pengumuman Penangguhan