Lawatan Penandaarasan Ke Unit Audit Dalam Oleh Majlis Perbandaran Pengerang

LAWATAN PENANDAARASAN KE UNIT AUDIT DALAM OLEH MAJLIS PERBANDARAN PENGERANG (MPP)

17 April 2025 | Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru

Seramai empat orang delegasi dari MPP yang diketuai oleh Encik Nurfaiz Aizat Bin Mohd Azmi telah hadir ke Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi lawatan penandaarasan bagi perkongsian maklumat dan pengalaman mengenai proses kerja,kaedah-kaedah pengauditan,penyediaan laporan serta audit susulan.

Delegasi MPP telah diberikan taklimat berkenaan di Unit Audit Dalam oleh Puan Nor Azah Binti Nor Aziz (Pengarah Audit) dan Puan Siti Nabiha Binti Rosli (Ketua Penolong Pengarah Audit)

Terima kasih diucapkan kepada delegasi MPP kerana sudi mengadakan lawatan penandaarasan ini dan semoga perkongsian ilmu ini memberi jutaan manfaat buat warga kerja kedua-dua PBT.