Langkau ke kandungan utama

Kaunter Bergerak e-NOBAS MBJB Mudahkan Urusan di Pasar Malam di Sepanjang Bulan Jun 2025

Kaunter Bergerak E-Nobas MBJB kini berada lebih dekat dengan anda! Sepanjang bulan Jun 2025, kami akan berada di beberapa lokasi Pasar Malam sekitar bandar raya Johor Bahru bagi memudahkan urusan anda.
  1. Pembaharuan Lesen Perniagaan Pasar Malam
  2. Bayaran Kompaun
  3. Bayaran Cukai Harta
Kehadiran kaunter ini bertujuan memberi kemudahan kepada para peniaga serta warga bandar raya menjalankan urusan dengan lebih mudah dan cepat.
Sila rujuk jadual lokasi kaunter bergerak untuk maklumat lanjut.
Jangan lepaskan peluang untuk selesaikan urusan anda dengan MBJB secara terus di lokasi!