Kapsul Ramadhan 1446H/2025M Episod 19 - "Rekod Ulama' dengan Al Quran"

Ramadan adalah bukti kasih sayang Allah kepada kita, bulan penuh rahmat di mana Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk dan pemberi syafaat. Marilah kita sama-sama mendengar perkongsian ilmu dalam Kapsul Ramadhan MBJB dan Yayasan JDT bersama Pentausiyah Al Fadhil Ustaz Mohd Shafie bin Abd Rahman.

Para ulama terdahulu menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran. Imam Syafii rahimahullah, misalnya, dikatakan mengkhatamkan Al-Quran 60 kali dalam Ramadan, manakala Imam Abu Hanifah juga menghidupkan malam-malam Ramadan dengan bacaan dan tadabbur Al-Quran.

Bagaimana pula dengan kita? Ayuh manfaatkan Ramadan ini dengan memperbanyakkan bacaan Al-Quran, mendalami maksudnya, dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Jangan lepaskan peluang menimba ilmu dan meraih keberkatan Ramadan