Ramadan adalah bulan penuh rahmat dan kasih sayang Allah. Ia juga bulan di mana Al-Quran diturunkan sebagai panduan hidup dan pemberi syafaat kepada umat Islam. Marilah kita bersama-sama menimba ilmu dan memahami hikmah Ramadan dalam Kapsul Ramadhan MBJB dan Yayasan JDT bersama Al Fadhil Ustaz Fakhrurrazi bin Yusuf.
Seperti mana sabda Nabi SAW:
"Bacalah Al-Quran, kerana ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi pembacanya." (HR Muslim)
Luangkan masa untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan ilmu dan penghayatan Al-Quran. Jangan lepaskan peluang ini. Semoga Ramadan kali ini membawa perubahan besar dalam hidup kita.