JOM WARGA JB SERTAI AKTIVITI ZUMBA, AEROBIK, BOXING DAN TABATA DI TUNKU MAHKOTA ISMAIL YOUTH CENTRE (TMIYC) JOHOR BAHRU DAN TASIK MERDEKA SETIAP JUMAAT, SABTU DAN AHAD

12 NOVEMBER 2021 : Bermula pada November ini, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menganjurkan pelbagai aktiviti sukan dan riadah secara percuma khas untuk warga bandar raya.

Jom warga JB kita beramai-ramai turun sertai aktiviti seperti zumba, aerobik, boxing dan tabata di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Johor Bahru dan Tasik Merdeka pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula minggu ini.

Sila pastikan segala SOP pencegahan COVID-19 yang ditetapkan kekal dipatuhi semasa menjalankan aktiviti.

Kekal aktif, kekal sihat, kekal semangat.

#OMJFest

#festivalorangmudajohor

#riseupomj

#riseupJohor

#activeJB

 

img
img

img