Langkau ke kandungan utama

Jom Sumbang Dan Tukar Buku Di Perpustakaan Sultan Ismail (PSI) Cawangan Kampung Melayu

Jom sumbang dan tukar buku di Perpustakaan Sultan Ismail (Cawangan Kg Melayu).

Ahad 23 Februari 2025 di PSI Kg Melayu, Jalan Aman, Kg. Melayu Majidee.

Kepada warga JB yang mempunyai buku-buku yang sudah jarang dibaca dan tidak diperlukan, jom bersama-sama kami bagi memeriahkan Program Sumbangan dan Pertukaran Buku Di PSI Kg Melayu.

Anda boleh menyumbangkan bahan bacaan terpakai yang masih dalam keadaan elok atau menukar bahan bacaan yang lain. Segala jenis buku boleh termasuklah buku ilmiah, buku-buku sejarah, fiksyen, kamus, terjemahan, komik dan novel.
Maklumat program adalah seperti berikut :

23 Februari 2025 (Ahad)
2.00 hingga 5.00 petang


Pusat Sumbangan & Pertukaran Buku PSI KG Melayu. (1.516034, 103.748216) “Sumbang Buku, Lestari Ilmu”

Pusat Sumbangan Buku