Langkau ke kandungan utama

Jom Sertai Program Pertukaran & Sumbangan Buku

Buku terpakai anda mungkin sudah selesai dibaca, tetapi ilmu di dalamnya masih mampu memberi manfaat kepada orang lain. 
Jom bersama-sama kita hidupkan budaya membaca, berkongsi ilmu dan menyemarakkan semangat cintakan buku melalui Program Pertukaran & Sumbangan Buku!

 23 Ogos 2026 (Ahad)
 10.00 pagi – 2.00 petang
 Wakaf Ilmu, Medan Niaga Kg Melayu Majidee

Ada buku yang ingin disumbangkan atau ditukarkan?
Bawa bersama buku-buku terpakai yang masih elok dan berikan peluang kepada orang lain untuk menikmati ilmu yang sama.

 Beri sebuah buku, bina sejuta ilmu.
 Sumbang buku, lestari ilmu.
 Kecilkan rak, besarkan manfaat, luaskan ilmu!

Jangan biarkan buku hanya tersimpan di rak. Ayuh kongsikan ilmu dan jadikan sebuah buku sebagai jambatan kepada lebih banyak pengetahuan!

Untuk maklumat lanjut :
Puan Yuli – 017 - 737 3094

 

pertukaran dan sumbangan buku