JB Neon Recreational Night Semarak Merdeka 2023

JB NEON RECREATIONAL NIGHT SEMARAK MERDEKA 2023

Jom warga bandar raya kita ke JB Neon Recreational Night pada hari Jumaat ini, 25 Ogos 2023, di Dataran Bandaraya Johor Bahru bermula jam 8.30 malam.

Pelbagai aktiviti akan diadakan seperti aktiviti berbasikal 18km, larian santai 5km, senaman kecergasan, persembahan muzik, aneka jualan, 'foodtruck' dan lain-lain lagi. Cabutan bertuah pun ada.

Ayuh meriahkan lagi acara bulan ini dengan memakai tema berwarna Jalur Gemilang!

Daftar di sini: https://apl.mbjb.gov.my/jbneon

JB Neon Merdeka