JB Car Free Day Mei 2023 @ Dataran Bandaraya Johor Bahru

JB CAR FREE DAY MEI 2023 @ DATARAN BANDARAYA JOHOR BAHRU

Jom warga bandaraya datang beramai-ramai memeriahkan JB Car Free Day bulan ini di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada hari Sabtu, 13 Mei 2023 bermula jam 7.00 pagi hingga 10.00 pagi.
JB Car Free Day kali ini akan dimeriahkan lagi dengan program 'Run to Give: Charity Run 2023' anjuran Kiwanis Club of Johor Bahru terbuka untuk semua warga bandar raya.
Terdapat pelbagai aktiviti yang sesuai untuk setiap lapisan usia seperti larian santai, aktiviti berbasikal, brisk walk, Zumba, rollerblading, skateboarding, memanah aktiviti liga kampung dan lain-lain lagi.
Untuk penyertaan ke Run To Give - Charity Run 2023, anda boleh melayari laman facebook Kiwanis Club of Johor Bahru di pautan:
Peserta JB Car Free Day lain hanya perlu daftar di urusetia sewaktu hari program.
Jom ke JB Car Free Day!