Gotong Royong Johor Bersih Perdana Bersama Menteri Besar Johor

GOTONG ROYONG JOHOR BERSIH PERDANA BERSAMA MENTERI BESAR JOHOR

Bersempena dengan Johor Bersih, MBJB akan menganjurkan program Gotong Royong Johor Bersih Perdana bersama YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, pada hari Ahad 7 Mei 2023 di Legaran Segget bermula jam 7.30 pagi.

Pelbagai aktiviti akan diadakan seperti plogging dan mengutip sampah, mengecat, meletakkan liquid effective microorganism (EM) di Sungai Segget, membersihkan laluan pejalan kaki dan lain-lain lagi.

Pemilik-pemilik premis perniagaan, bangunan, peniaga, pejabat-pejabat agensi kerajaan dan swasta serta seluruh warga bandar raya dijemput untuk hadir beramai-ramai merealisasikan hasrat Johor Bersih ini.

Orang ramai yang ingin hadir boleh meletakkan kenderaan di kawasan letak kenderaan berhadapan Galeria@Kotaraya, Laman Tun Sri Lanang, Pusat Konvensyen Persada Johor, Jalan Dato' Onn dan lain-lain kawasan dibenarkan.


Kempen Johor Bersih Perdana