24 Mac 2025 | Kawasan Terjejas Akibat Banjir
MBJB terus mengutamakan kebersihan alam sekitar dengan melaksanakan kerja-kerja pembersihan sampah longgok akibat banjir secara intensif. Operasi ini digerakkan dengan penuh komitmen bagi memastikan Johor Bahru kembali bersih, selesa, dan bebas dari longgokan sampah sebelum tibanya Hari Raya. Bersama, kita ceriakan bandar ini dengan persekitaran yang lebih teratur dan indah.