Jabatan Kerajaan Tempatan bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kembali dengan Anugerah Toilet of the Year Award 2025 (TOTYA 25) bagi mengiktiraf tandas terbaik di Malaysia.
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menjemput semua pihak untuk menyertai anugerah ini bagi mewakili kawasan pentadbirannya. Penyertaan dibuka bagi lapan kategori berikut:
- Pihak Berkuasa Tempatan
- Sekolah
- Restoran
- Hotel
- Stesen Minyak
- Pusat Beli-Belah
- Kawasan Rehat & Rawat
- Rumah Ibadat
Hantarkan penyertaan anda sekarang melalui pautan: https://forms.gle/4CETrV6csLo8jMCf6
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Jabatan Kesihatan MBJB di talian 07-228 2564.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadikan tandas anda bertaraf bintang.