TAKLIMAT PENGANJURAN BAZAR RAMADAN DAN BAZAR AIDILFITRI TAHUN 2022

KHAMIS, 10 Mac 2022 – Jabatan Pelesenan MBJB telah mengadakan satu taklimat berkaitan Penganjuran Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri Tahun 2022 di Panggung Cempaka, Aras bawah, Menara MBJB. Seramai 31 wakil penganjur telah hadir termasuk daripada Yayasan Bandaraya Johor Bahru (YBJB), penganjur kompleks membeli belah sekitar Johor Bahru dan jawatankuasa penduduk.

Taklimat telah disampaikan oleh Jabatan Pelesenan MBJB, Jabatan Kesihatan MBJB dan SW Corp. Taklimat ini bertujuan untuk menerangkan tanggungjawab penganjur dari sudut pelesenan serta kawalan kebersihan di semua Bazar Ramadan yang telah diluluskan di dalam Pentadbiran MBJB. Untuk makluman warga bandar raya, sebanyak 44 lokasi Bazar Ramadan dan 4 lokasi Bazar Aidilfitri telah diluluskan dalam MBJB pada tahun ini.

Adalah diharapkan agar para penganjur dapat menguruskan bazar Ramadan pada tahun ini dengan lebih baik berpandukan SOP pencegahan COVID-19 di kawasan bazar. Semua penganjur juga diminta membuat penetapan kadar harga yang dikenakan kepada para peniaga serta jumlah lot yang ditawarkan kepada peniaga serta memaklumkan kepada Jabatan Pelesenan MBJB.

img

img