20 Februari 2025 (Khamis), Panggung Cempaka, Menara MBJB
Satu sesi Taklimat Bazar Ramadan/Aidilfitri di bawah pentadbiran MBJB telah disampaikan oleh Jabatan Pelesenan, Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Kesihatan MBJB kepada penganjur/peniaga Bazar Ramadan/Aidilfitri yang berjaya. Wakil daripada IPD Seri Alam juga turut menyampaikan taklimat berkenaan permohonan lesen mercun & bunga api.
Selain itu, taklimat dan penerangan agensi juga turut disampaikan oleh wakil daripada KPDNHEP, PERKESO, Bank Muamalat Malaysia Berhad & syarikat Mamee bagi inisiatif dan manfaat yang boleh diperolehi oleh penjaja Bazar Ramadan/Aidilfitri.
Taklimat ini turut diserikan dengan kehadiran serta ucapan daripada Encik Hazrin Bin Ahmad selaku Pengarah Pelesenan MBJB.
Semoga dengan taklimat yang telah disampaikan penganjuran Bazar Ramadan/Aidilfitri bagi sesi 2025M / 1446H dapat dilaksanakan dengan lancar.