Sistem Lampu Isyarat Pintar ialah sistem pengurusan trafik berasaskan teknologi pintar yang menggabungkan teknologi kamera AI, lampu isyarat Adaptif, Countdown Timer dan Greenwave yang dihubungkan secara terus dengan Johor Bahru Integrated Control Center (JBIOCC).
Sehingga kini sejumlah 210 persimpangan lampu isyarat dalam kawasan MBJB dilengkapi dengan teknologi Lampu Isyarat Pintar dan pengakitfan sepenuhnya telah dilaksanakan di sepanjang Jalan Tebrau.
