Langkau ke kandungan utama

Sesi Verifikasi dan Validasi Penarafan Bandar Pintar Malaysia (PBPM) Tahun 2025 - Tahap 3 : Leading Smart City Bagi Majlis Bandaraya Johor Bahru

Pada 2 hingga 3 Julai 2025, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah menerima kunjungan panel penilai bagi melaksanakan sesi verifikasi dan validasi semakan Penarafan Bandar Pintar Malaysia 2025, Tahap 3: Leading Smart City. Sesi ini merupakan sebahagian daripada proses penilaian menyeluruh ke arah memperkukuh inisiatif bandar pintar di Malaysia. Sesi ini juga melibatkan pembentangan maklumat, semakan dokumen serta lawatan tapak berkaitan pelaksanaan inisiatif pintar oleh MBJB. Antara kriteria yang disemak adalah: • Kriteria 1 : Melaksanakan sebahagian besar inisiatif bandar pintar melalui Pelan Tindakan Bandar Pintar • Kriteria 2 : Mempunyai Jawatankuasa Bandar Pintar dan Bahagian atau Unit Bandar Pintar yang aktif • Kriteria 3 : Advance Command Centre/ Integrated Command Centre mengikut 7 komponen yang telah ditetapkan • Kriteria 4 : Pematuhan kepada 63 Indikator MS ISO 37122:2019
Pasukan panel penilai yang menjalankan sesi ini adalah seramai 8 orang yang diketuai oleh Pn. Syarifah Nuraida binti T Mohd Apandi, Ketua Pusat Perancangan Bandar Pintar PLANMalaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) .
Dengan pelbagai inisiatif bandar pintar yang telah dilaksanakan oleh MBJB, diharap dapat membantu menyelesaikan isu-isu perbandaran, meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan kepada rakyat serta dapat memudahkan & mempercepatkan urusan rakyat di pelbagai peringkat.  
Penarafan Bandar Pintar