Langkau ke kandungan utama

Sesi Townhall Datuk Bandar Bersama Komuniti TMIYC

Pada 27 Mei 2025, satu sesi Townhall penuh bermakna telah berlangsung di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Johor Bahru, melibatkan pertemuan secara langsung antara YB Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru, bersama komuniti TMIYC yang aktif dan progresif.
 
Turut sama menjayakan sesi ini ialah Tuan Haji Mohd Farid bin Hassan, Setiausaha MBJB, Puan Ir. Hajah Nazatul Shima binti Mohamad, Timbalan Setiausaha MBJB serta barisan Ketua-Ketua Jabatan dan warga kerja MBJB.
 
Sesi townhall ini menjadi medan dialog terbuka yang amat konstruktif, memperlihatkan keterbukaan dan komitmen pihak MBJB dalam mendengar suara, aspirasi serta cadangan komuniti TMIYC.
 
Image
Sesi Townhall
Image
Sesi Townhall
Perbincangan meliputi pelbagai topik pembangunan, aktiviti belia, kemudahan awam dan sinergi masa depan. Ini membuktikan iltizam MBJB untuk membina Johor Bahru sebagai sebuah Bandar Raya Berdaya Huni yang inklusif, lestari dan mesra belia.