10 Disember 2025 | Menara MBJB
MBJB hari ini melaksanakan sesi townhall bersama peniaga Bazar Karat JB, sebuah platform penting bagi memperkukuh komunikasi dua hala dan memastikan setiap suara peniaga didengari secara terus.
Sesi ini memberi ruang kepada peniaga untuk berkongsi pandangan, cadangan serta isu semasa, manakala pihak MBJB pula memperincikan hala tuju dan penambahbaikan yang sedang diusahakan, termasuk aspek penyusunan gerai, kebersihan, keselamatan serta promosi berterusan bagi memantapkan lagi tarikan Bazar Karat sebagai destinasi ikonik bandar raya Johor Bahru.
Dengan penyertaan aktif semua pihak, Townhall ini menjadi langkah signifikan dalam mengukuhkan kerjasama demi memastikan Bazar Karat JB terus berkembang, lebih tersusun dan terus menjadi nadi ekonomi setempat.
Image
Image
Image
Image