SESI LIBAT URUS PENYEDIAAN PELAN TINDAKAN KHAS BANDAR PINTAR MBJB 2030

Selasa, 15 Februari 2022 - YB Dato' Haji Mohd Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, telah merasmikan Sesi Libat Urus Penyediaan Pelan Tindakan Khas Bandar Pintar MBJB 2030 sebentar tadi.

Menyedari hakikat kepentingan pendigitalan dan teknologi pintar dalam urusan pembangunan ekonomi serta urusan kehidupan seharian masakini, MBJB berusaha untuk memperkasa agenda Bandar Pintar menerusi 7 teras iaitu Smart Governance, Smart Economy, Smart Living, Smart Environment, Smart People, Smart Mobility dan Smart Digital Infrastructure.

Pelan Tindakan Khas Bandar Pintar MBJB ini juga bertujuan menambahbaik projek bandar pintar sedia ada terutamanya dalam menyediakan platform bersepadu Pusat Perkongsian Pintar MBJB (Command Centre) yang berfungsi sebagai pusat integrasi dan pemantauan maklumat serta data yang akan terletak di Menara MBJB.

Turut sama hadir dalam sesi libat urus ini adalah pihak PBT seperti MBIP, MBPG dan MPKu, PLAN Malaysia, Telekom Malaysia, pertubuhan-pertubuhan profesional, pemaju hartanah serta agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan.

img

img