03 Oktober 2025 | Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru
Seramai 25 orang delegasi dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang diketuai oleh Yang Berusaha Puan Rizawati binti Abdul Kadir, Setiausaha Bahagian Kemampanan Bandar, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah hadir ke Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi sesi kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru dan lawatan ke Johor Bahru Integrated Operations Control Centre (JBIOCC).
Kunjungan hormat dari KPKT ini telah disambut oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad selaku Datuk Bandar Johor Bahru dan diiringi oleh Tuan Haji Mohd Farid bin Hassan, Setiausaha MBJB. Seterusnya, Datuk Bandar telah berkongsi mengenai kejayaan MBJB dalam pelaksanaan inisiatif bandar pintar di samping hala tuju dan sasaran yang akan dicapai oleh MBJB. Delegasi kemudian dibawa melawat ke JBIOCC seterusnya diberi penerangan lebih lanjut berkaitan perlaksanaan bandar pintar di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Terima kasih diucapkan kepada delegasi KPKT dan kerana sudi mengadakan sesi lawatan ini dan berkunjung ke MBJB. Semoga kerjasama dan ikatan dapat dipupuk antara dua belah pihak khususnya di antara Agensi Kerajaan Persekutuan dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Image

Image
