Sesi Cabutan Undi MYKiosk Taman Dahlia 2025

Jumaat, 28 Februari 2025 - Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru

Projek MyKiosk ini adalah merupakan inisiatif kerajaan di bawah KPKT dalam membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan untuk kembali berdaya saing dan meningkatkan keupayaan perniagaan.

Sasaran utama adalah untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk setempat dengan memberi manfaat kepada para peniaga melalui pemberian kadar sewaan kiosk yang rendah serta penyediaan ruang niaga yang seragam, selamat dan selesa kepa

da peniaga.

Hadir menyempurnakan program ialah Y.Bhg. Dato' Haji Abd Rashid bin Kasman dan Encik Ahmad Al Mubarak bin Mohamed Kunyi, Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Projek MyKiosk Taman Dahlia ini adalah merupakan yang pertama untuk MBJB. Ini membuktikan bahawa MBJB amat komited dalam menyokong pembangunan usahawan tempatan dan memberi peluang kepada peniaga bagi menjalankan perniagaan mereka dengan lebih selesa dan juga kondusif.

Kiosk

Kiosk

Kiosk