Khamis, 16 Januari 2025 | KSL Hotel & Resort Johor Bahru
Jabatan Perancangan Pembangunan MBJB dengan kerjasama Koperasi MBJB telah menganjurkan Seminar Pelaksanaan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Perancangan - i RANCANG kepada pemilik / majikan kilang, pihak pemaju dan perunding bertempat di KSL Hotel & Resort hari ini.
Seminar ini diadakan secara 2 sesi dimana sesi pertama dihadiri oleh 150 pemilik/majikan kilang, Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Federation of Malaysian Manufactures (FMM) dan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) yang terlibat dengan penempatan pekerja asing dalam kawasan MBJB.
Manakala pada sesi kedua telah dihadiri oleh 150 orang yang terdiri daripada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, pihak pemaju, perancang bandar, arkitek dan perunding yang terlibat dengan Pelaksanaan Exemption From Planning Approval (ExPA) dan caj pemajuan.
Taklimat telah disampaikan oleh Encik Noryadi Bin Muhammad, Ketua Penolong Pengarah Perancangan Pembangunan (Kawalan Perancangan), Jabatan Perancangan Pembangunan MBJB dan sesi 'hands on' telah disampaikan oleh Encik Muhammad Musadiq Bin Muhammad Aizudin, Bahagian Teknologi Maklumat, MBJB.