Sekitar Majlis Pengumuman Pemenang Pertandingan Bicara Nilai Murni 2023

Sabtu, 24 Jun 2023 | Sekitar Majlis Pengumuman Pemenang Pertandingan Bicara Nilai Murni 2023 : Jom Baca Buku, Sebarkan anjuran bersama Perpustakaan Sultan Ismail MBJB dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor di Perpustakaan Sultan Ismail.Pertandingan bicara ini menggunakan aplikasi TikTok dalam tempoh durasi 1 minit oleh setiap peserta. Tahniah kepada para pemenang bagi kedua-dua kategori menengah rendah dan menengah atas di atas kejayaan yang dicapai. Untuk makluman, para pemenang akan dihubungi oleh penganjur bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan masing-masing bagi penyediaan hadiah kemenangan. Sijil penyertaan dan pencapaian (bagi pemenang) akan diberikan secara berperingkat.

Dalam pada itu, MBJB telah mendapat Anugerah Persuratan Selatan 2023 kategori Laporan Tahunan Jabatan Terbaik 2021. Hadir menyempurnakan majlis ialah Yang Berhormat Profesor Dato' Dr. Kassim bin Thukiman, Ahli Penasihat Jumaah Majlis DiRaja Johor.Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua.

Sekitar Majlis Pengumuman Pemenang Pertandingan Bicara Nilai Murni 2023

Sekitar Majlis Pengumuman Pemenang Pertandingan Bicara Nilai Murni 2023