SEKITAR LAWATAN PEMERIKSAAN SISTEM DATA PERIBADI PENGGUNA DATA DI BAWAH SEKSYEN 48 AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 DARI JABATAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI MALAYSIA KE MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

Isnin, 18 April 2022 - Sekitar Lawatan Pemeriksaan Sistem Data Peribadi Pengguna Data Di Bawah Seksyen 48 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dari Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia ke Majlis Bandaraya Johor Bahru. 

Lawatan ini telah diketuai oleh YBrs Tuan Mazmalek bin Mohamad, Ketua Pengarah JPDP/ Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi bersama empat orang Penolong Pesuruhjaya dari Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi.

Sebelum sesi lawatan pemeriksaan dijalankan yang melibatkan tiga jabatan iaitu Bahagian Teknologi Maklumat, Jabatan Pelesenan serta Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta, YBrs. Tuan Mazmalek bin Mohamad telah memberikan taklimat berkaitan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 kepada pegawai MBJB.

img

img