Johor membuka tirai tahun 2026 dengan penuh kemeriahan menerusi Sambutan Ketibaan Pelancong Tahun Melawat Johor 2026 yang berlangsung serentak di 13 pintu masuk utama negeri Johor, merangkumi laluan udara, darat dan laut, sebagai simbol kesediaan Johor menyambut kehadiran pelawat dari dalam dan luar negara.
Majlis sambutan di Kompleks Kastam Bangunan Sultan Iskandar (CIQ Bukit Chagar) telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru, bersama Tuan Haji Mohd Farid bin Hassan, Setiausaha MBJB dan Puan Ir. Hajah Nazatul Shima binti Mohamad, Timbalan Setiausaha MBJB.
Dengan semangat “Johor Best!”, negeri ini kini bersedia sepenuhnya untuk mengalu-alukan kehadiran pelancong bagi meneroka keindahan alam semula jadi, kekayaan budaya dan warisan, serta menikmati kepelbagaian gastronomi yang ditawarkan sepanjang Tahun Melawat Johor 2026.
Mehlah Johor! Jom datang dan alami sendiri keistimewaan negeri penuh pesona ini!
Image
Image
Image
Image