SAMBUTAN HARI LANSKAP NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN 2022 (HLN2022)

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Landskap Negara akan menganjurkan sambutan Hari Landskap Negara Peringkat Kebangsaan 2022 (HLN2022). Pada tahun ini, tema Majlis Sambutan HLN 2022 adalah ’25 Tahun Negara Taman Terindah’ sempena 25 tahun penubuhan Jabatan Landskap Negara dan sambutan ini akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri pada 5 Mac 2022 (Sabtu). Maklumat sambutan adalah seperti berikut:

Tarikh : 04 Mac 2022 (Jumaat) hingga 06 Mac 2022 (Ahad).
Lokasi : Taman Ekoflora, Johor Bahru, Johor

Ikuti laman rasmi Media Sosial Jabatan Landskap Negara & MBJB untuk mengetahui pelbagai informasi mengenai sambutan HLN2022 ini.

Marilah beramai-ramai memeriahkan sambutan Hari Landskap Negara Peringkat Kebangsaan 2022!

Jumpa disana!

@KPKT Malaysia

#harilandskapnegara2022
#HLN2022
#arkiteklandskap
#landscapearchitect
#industrilandskap
#landscapeindustry
#negaramampan
#MalaysiaNegaraTamanTerindah
#gardennation
#25tahunlandskapnegara
#25yearslandscapingthenation

img
img
img
img
img
img