Langkau ke kandungan utama

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Johor & Daerah Johor Bahru

Tanggal 31 Ogos 2026, semangat patriotisme kembali bergema di seluruh negeri Johor!
Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Johor berlangsung penuh meriah di Dataran Tanjung Emas, Muar, manakala Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Daerah Johor Bahru turut berlangsung dengan penuh semangat di Dataran Bandaraya Johor Bahru.
Dengan mengangkat tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, sambutan tahun ini bukan sekadar meraikan kemerdekaan, malah menjadi simbol kesatuan, keharmonian dan kecintaan kita kepada tanah air tercinta.
MBJB MELAKAR KEJAYAAN!
Kontinjen Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) tampil penuh bergaya dan bersemangat dalam Perbarisan Kemerdekaan Peringkat Daerah Johor Bahru dan berjaya mencipta tiga pencapaian membanggakan!
 
Tempat Ketiga bagi PAKAIAN TERBAIK (JABATAN KERAJAAN)
Naib Johan bagi PERBARISAN TERBAIK (JABATAN KERAJAAN)
Tempat Ketiga bagi SEPANDUK TERBAIK
 
Pencapaian ini membuktikan bahawa semangat, disiplin, kekompakan dan kesungguhan warga MBJB sentiasa berada di tahap terbaik.
Syabas dan tahniah kepada seluruh warga MBJB serta kontinjen perbarisan MBJB yang telah mengharumkan nama organisasi dan mengangkat semangat patriotisme dengan penuh kebanggaan!
 
Image
Sambutan Hari Kebangsaan
Image
Sambutan Hari Kebangsaan
Image
Sambutan Hari Kebangsaan
Image
Sambutan Hari Kebangsaan