22 DISEMBER 2024 | Satu program 'walkabout' bersama YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, dan program ERAT MBJB Dekati Komuniti 2024 telah diadakan hari ini di Surau Ar Raudhah, Kampung Oren, Johor Bahru
Sesi 'walkabout' bersama penduduk ini telah diadakan sebagai satu usaha mengeratkan hubungan MBJB bersama komuniti setempat, menyantuni masyarakat serta melihat permasalahan, aduan dan cadangan penambahbaikan yang diutarakan komuniti. Program ini telah dihadiri oleh Y.Bhg. Dato Hj A. Aziz bin Ahmad, Ketua Whip Ahli Majlis MBJB, Encik Fauzi bin Faizal, Ahli Majlis Zon Tiram, Tuan Haji Mohd Farid bin Hassan, Setiausaha MBJB, Ir. Hajah Nazatul Shima Mohamad, Timbalan Setiausaha MBJB, Ketua Kampung Kampung Oren, ketua-ketua jabatan MBJB, Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Johor Bahru, Ketua Polis Balai Tiram, wakil Indah Water Konsurtium (IWK), dan SWM. Sebanyak 5 lokasi lawatan walkabout pada kali ini seperti di Jalan Melor 9, Jalan Mawar 4 , Jalan Ledang, Taman Bukit Tiram, Jalan Kempas, Kampung Baru Tiram dan sekitar Pekan Tiram yang berada dalam zon Tiram.
Bertemakan #ERAT (Engagement, Responsibility, Affinity, Teamwork), program yang memfokuskan aspek pembangunan sosial dan ekonomi setempat ini turut akan dilaksanakan di zon-zon Ahli Majlis MBJB yang lain pada tahun 2025 akan datang dengan penglibatan agensi dan jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan komuniti.