18 Mei 2026 | Kompleks Pasar Setia Indah
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah mengadakan Program Townhall bersama para peniaga di Kompleks Pasar Setia Indah berhubung pelaksanaan Projek Naiktaraf kompleks berkenaan.
Turut hadir, Cik Teow Chia Ling, Ahli Majlis Zon Setia Austin serta wakil-wakil jabatan MBJB bagi menjayakan sesi penerangan dan libat urus ini. Program ini menjadi platform penting untuk berkongsi maklumat berkaitan cadangan projek serta mendapatkan maklum balas secara langsung daripada para peniaga.
Sesi ini turut memberi ruang kepada para peniaga untuk mengemukakan pandangan, cadangan dan mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak MBJB berkenaan pelaksanaan projek naik taraf tersebut.
MBJB amat menghargai kerjasama dan komitmen semua peniaga yang hadir dalam memastikan usaha penambahbaikan Kompleks Pasar Setia Indah dapat dilaksanakan dengan lebih terancang, selesa dan kondusif demi manfaat bersama. Semoga projek ini dapat mempertingkatkan kemudahan serta imej Kompleks Pasar Setia Indah sebagai pusat perniagaan yang lebih bersih, selamat dan mesra pengunjung.
Image
Image
Image
Image