Langkau ke kandungan utama

Program Taklimat Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Bersama Penduduk Kampung Permatang Kempas

16 Julai 2025 I Balai Raya Kampung Permatang Kempas
 
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah mengadakan satu sesi taklimat bersama penduduk Kampung Permatang Kempas yang berlangsung dengan jayanya. Program ini merupakan usaha proaktif MBJB dalam menyantuni rakyat serta menyampaikan maklumat penting berkaitan urusan pentadbiran dan perkhidmatan bandaraya.
 
Majlis ini telah diberi penghormatan dengan kehadiran YB Datuk Haji Ramlee bin Bohani, Setiausaha Politik Menteri Besar Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kempas, YBhg Dato' Haji Abd Rashid bin Kasman, Ahli Majlis Majlis Bandaraya Johor Bahru (Zon Kempas), En Arizam bin Bollah, Ketua Kampung Kempas Permatang, Ahli Jawatankuasa Kempas Permatang, warga kerja Majlis Bandaraya Johor Bahru dan penduduk setempat yang turut sama hadir.
 
Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memastikan pengurusan cukai harta di kawasan pembangunan baharu dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan. Ia bertujuan mengelakkan berlakunya tunggakan cukai harta di masa hadapan serta memastikan segala maklumat pemilikan dan alamat terkini direkodkan dengan tepat dalam sistem MBJB. Pendekatan ini bukan sahaja memudahkan urusan pentadbiran, malah memberi manfaat terus kepada penduduk melalui penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan menyeluruh.
 
MBJB terus komited untuk mendekati komuniti, mendengar suara rakyat serta menyelesaikan isu-isu setempat secara telus, responsif dan berintegriti. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang hadir dan memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.
 
Image
Program Taklimat
Image
Program Taklimat
Image
Progrm Taklimat
Image
Program Taklimat